Pengumuman

Mulai Januari 2009, laman blog ini telah berpindah ke laman baru di http://www.egamat.com/blog . Namun begitu anda masih lagi boleh melayari blog ini untuk membuat rujukan terhadap arkib-arkib terdahulu. Harap Maklum.

Blog eGamat.com Berpindah

Sempena dengan tahun baru ini juga, Blog eGamat.com telah berpindah hosting sendiri di alamat http://www.eGamat.com/blog. Namun begitu segala pos dan maklumat di laman blog yang lama ini akan dikekalkan sebagai rujukan. Harap Maklum. Sila klik pada image di atas untuk melayari laman blog terbaharu.

FEMMINA di media - Harian Metro 27 Dis 2008

Harian Metro Edisi Tengah - 27 Disember 2008 (Sabtu)
Muka Surat 43 Bisnes

Pertaruh Femmina

GAMAT eMas Sdn Bhd (GESB), syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan berasaskan gamat mensasarkan peningkatan jualan sebanyak RM14 juta pada tahun depan dengan pengenalan produk terbarunya, Femmina, khusus buat wanita.

Pengarah Urusan GESB, Rosedy Issa, berkata pengenalan produk itu juga diharap dapat meningkatkan bilangan keahlian syarikat jualan secara pemasaran berperingkat (MLM) itu yang ketika ini berjumlah 55,000 kepada 70,000 ahli pada tahun depan.

Beliau berkata, produk terbaru berkenaan yang mempunyai formula herba tradisional dari tiga benua adalah tambahan kepada rangkaian 23 produk keluarannya sejak beroperasi hampir 10 tahun lalu.

“GESB yang juga syarikat milik Bumiputera sepenuhnya sudah menembusi pasaran Sabah dan Sarawak selain melahirkan ramai usahawan tempatan,” katanya di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi GESB, Datuk Adenan Mohamad Zain, Pengasas dan Pengarah Eksekutif GESB, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Perunding Gamat GESB, Prof Dr Ridzwan Hashim.

Sementara itu, Dr Syid Ayob berkata, produk terbarunya, Femmina yang dihasilkan dalam bentuk kapsul disasarkan kepada golongan wanita berusia 18 tahun ke atas, mampu membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan selain menjaga kecantikan wanita.

Katanya, tiga herba yang diadun dalam Femmina adalah ubi kayu bidadari atau nama saintifiknya Pueraria myrifica yang berasal dari Thailand, kacip fatimah (Malaysia) dan shatavari (India) mampu memberi lebih 20 khasiat terhadap tubuh wanita.

Baca lagi ...


Layari www.eGamat.com atau hubungi 012-2936122 untuk belian produk.

FEMMINA di media - Business Times 27 Dis 2008

New Strait Times - Business Times - Retailing
Saturday, 27 December 2009 page 37

Gamat eMas sees a bestseller in new product

MULTI-LEVEL marketing firm Gamat eMas Sdn Bhd (GESB) aims to break the domination of the health and beauty products market by international companies with the introduction of its latest product, "Femmina".

Femmina contains phytoestrogen, which is a combination of three herbs - pueraria mirifica, labisia pumila and asparagus racemosus - sourced from Thailand, Malaysia and India respectively. It does not contain any form of chemical.

Company founder and executive director Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri expects the product, which will be marketed by its 55,000 members and 380-odd stockists, to contribute 10 per cent to its targeted RM14 million revenue next year. It achieved over RM11 million in sales last year.

"Femmina is the first such health and beauty product produced by GEDB, specifically for women. We spent two years on research and development and expect it to be the bestseller in our product range," Syid Ayob said.





Layari www.eGamat.com atau hubungi 012-2936122 untuk belian produk.

Harmoni Edisi 15-31 Disember 2008

Cegah Penyakit Batu Karang Ginjal dengan rangkaian produk Gamat Emas. Bagaimana caranya, apakah produk-produk yang perlu diambil? Dapatkan jawapannya dalam Majalah Harmoni edisi 15-31 Disember 2008.


Layari www.eGamat.com atau hubungi 012-2936122 untuk belian produk.

FEMMINA di media - Sinar Harian 25 Dis 2008

Sinar Harian Edisi Selangor / KL
25 Disember 2008 (Khamis) Muka Surat S26 WANITA @selangor&kl

Kongsi Rahsia Cantik Dan Anggun
Femmina memperkenalkan produk kecantikan berasaskan herba tradisional.

Anggun, cantik, sihat - itulah kata kunci bagi femmina, produk keluaran terbaru oleh Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB). Produk tersebut diperbuat dari tiga jenis herba utama dari tiga negara bagi menawarkan khasiat tradisional untuk wanita yang mementingkan kecantikan, kesihatan dan keanggunan mereka.


Layari www.eGamat.com atau hubungi 012-2936122 untuk belian produk.

Pelancaran FEMMINA

20 Disember 2008 - Mines, Seri Kembangan
Majlis Pelancaran FEMMINA iaitu produk terbaru Gamat Emas telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan GESB, En. Rossedy Issa dengan disaksikan oleh ahli-ahli lembaga pengarah dan rakan niaga GESB dalam satu majlis yang gilang gemilang di Mines, Seri Kembangan.
Terdahulu dari itu, satu sidang media telah diadakan di Palace of Golden Horses mengenai produk terbaharu tersebut.












Cabutan Bonanza

20 Disember 2008 - Mines, Seri Kembangan

En. Abdul Jahir (00159129) muncul sebagai pemenang utama Cabutan Bonanza dengan membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Ego 110cc. Promosi Bonanza ini berlangsung dari 1 Ogos 2008 - 31 Oktober 2008 yang lalu.
Di samping itu 10 orang pemenang mendapat masing-masing sebuah penapis air Al-Qaly manakala 5 pemenang lagi berjaya mendapat sebuat Sony LCD TV 32" seorang. Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak Gamat Emas Sdn. Bhd.

En. Abdul Jahir memcuba motosikal yang dimenanginya.

En. Rossedy Issa membuat cabutan mengumumkan pemenang utama


Dr. Syid membuat lima cabutan Sony LCD TV 32"

En. Sulaiman Abdullah mendahului cabutan untuk 10 pemenang Al_Qaly

Dah jumpa apa yang dicari? Sila cari mengikut tajuk, kategori atau gunakan Google untuk carian pantas di sini.
Carian eGamat.com