Pengumuman

Mulai Januari 2009, laman blog ini telah berpindah ke laman baru di http://www.egamat.com/blog . Namun begitu anda masih lagi boleh melayari blog ini untuk membuat rujukan terhadap arkib-arkib terdahulu. Harap Maklum.

FEMMINA di media - Harian Metro 27 Dis 2008

Harian Metro Edisi Tengah - 27 Disember 2008 (Sabtu)
Muka Surat 43 Bisnes

Pertaruh Femmina

GAMAT eMas Sdn Bhd (GESB), syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan berasaskan gamat mensasarkan peningkatan jualan sebanyak RM14 juta pada tahun depan dengan pengenalan produk terbarunya, Femmina, khusus buat wanita.

Pengarah Urusan GESB, Rosedy Issa, berkata pengenalan produk itu juga diharap dapat meningkatkan bilangan keahlian syarikat jualan secara pemasaran berperingkat (MLM) itu yang ketika ini berjumlah 55,000 kepada 70,000 ahli pada tahun depan.

Beliau berkata, produk terbaru berkenaan yang mempunyai formula herba tradisional dari tiga benua adalah tambahan kepada rangkaian 23 produk keluarannya sejak beroperasi hampir 10 tahun lalu.

“GESB yang juga syarikat milik Bumiputera sepenuhnya sudah menembusi pasaran Sabah dan Sarawak selain melahirkan ramai usahawan tempatan,” katanya di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi GESB, Datuk Adenan Mohamad Zain, Pengasas dan Pengarah Eksekutif GESB, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Perunding Gamat GESB, Prof Dr Ridzwan Hashim.

Sementara itu, Dr Syid Ayob berkata, produk terbarunya, Femmina yang dihasilkan dalam bentuk kapsul disasarkan kepada golongan wanita berusia 18 tahun ke atas, mampu membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan selain menjaga kecantikan wanita.

Katanya, tiga herba yang diadun dalam Femmina adalah ubi kayu bidadari atau nama saintifiknya Pueraria myrifica yang berasal dari Thailand, kacip fatimah (Malaysia) dan shatavari (India) mampu memberi lebih 20 khasiat terhadap tubuh wanita.

Baca lagi ...


Layari www.eGamat.com atau hubungi 012-2936122 untuk belian produk.

0 comments:

Post a Comment

Dah jumpa apa yang dicari? Sila cari mengikut tajuk, kategori atau gunakan Google untuk carian pantas di sini.
Carian eGamat.com